Definisi
Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) merupakan anggota kerja auxillary Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diletakkan dibawah Kumpulan Sokongan II. Pengurusan PPK telah diletakkan dibawah urustadbir Unit Penolong Pegawai Perubatan (UPPP) bermula pada tahun 2019. Jawatan PPK adalah satu jawatan yang menjalankan tugas dipelbagai disiplin samaada secara umum atau pun tugasan khas Jabatan,Unit, Klinik atau Wad mengikut subspeciality. Polisi pengurusan perkhidmatan PPK ini diwujudkan sebagai garis panduan kepada pengurusan PPK agar urustadbir dapat dijalankan secara sistematik.