Objektif a.Mewujudkan pengurusan persekitaran berkualiti di tempat kerja. b.Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti. c.Mementingkan budaya kerja yang efektif dan inovatif. d.Meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dengan menyediakan tempat penyampaian perkhidmatan yang selesa. e.Menyampaikan perkhidmatan kesihatan dengan cepat dan tepat dengan mengurangkan pembaziran, penjimatan tenaga dan konsep kitar semula.
 
Skop Garis panduan ini juga berfungsi bagi menjadi panduan dan rujukan sebagai piawaian tindakan kebersihan, kekemasan dan keselamatan secara minima sahaja.