Objektif Tahun 2020 merupakan tahun yang mecabar bagi seluruh warga dunia kerana gelombang wabak COVID-19. Walaupun wabak ini telah berada di dunia lebih daripada setahun, masih terdapat beberapa kecelaruan dalam pengendalian pesakit / penjaga pesakit yang memerlukan perkhidmatan di hospital ini. Sehubungan itu, garispanduan ini diwujudkan bagi menyelaras Tindakan yang perlu diambil bagi kakitangan hospital ini agar perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit tidak terjejas.
 
Skop 1. Pengurusan ini terpakai kepada semua klinik pakar, jabatan atau unit yang memberikan perkhidmatan pesakit luar dan tidak melibatkan kemasukan ke dalam wad. 2. Pengurusan ini juga terpakai kepada penjaga pesakit sekiranya berkaitan 3. Bagi kes-kes pesakit/penjaga yang tidak tersenarai di dalam garispanduan ini, mereka perlu dirujuk kepada Pegawai Perubatan Penyakit Berjangkit atau Unit Kawalan Jangkitan untuk tindakan selanjutnya.